Sunday, October 31, 2010

Mengapa ini semua harus berlaku?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM






Sanggupnya Kamu

Astaghfirullah..Semoga Allah mengampunkan kesalahan-kesalahan kita semua..saya terpanggil untuk menulis entri ini selepas beberapa insiden yang kurang berkenan di hati saya secara jujurnya..bukan ingin memarahi sesiap, namun sebagai benih fikiran yang saya harap dapat ditanam dan dicambahkan dalam otak sesiapa yang melakukannya..

Kita bersama-sama akui tugas dakwah yang ingin kita bawa ke pelbagai pelusuk tempat. Ikhwah dan Akhwat saban minggu bermula dari awal tahun hingga pada saat ini melakukan pengorbanan dengan begitu dahsyat sekali. Contohnya ikhwah dan akhwat dari perak, setiap minggu bertebaran menyebarkan tarbiyyah kepada generasi-generasi remaja di pelbagai institusi pendidikan..dari perak ke kedah, ke penang, ke selangor, ke KL, serta dalam perak itu sendiri. Perkara ini yang pasti memerlukan perbelanjaan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit hanya untuk diinfakkan di jalan menyeru kepada Allah. Setiap minggu!

Cuba kita bayangkan, sebuah sawah ladang, kita yang memulakan cantasan semak samun, menggemburkan tanah, membajak sawah, menyisir sawahnya, lalu menyemai benih-benih hingga ia menjadi tanaman yang bermanfaat buat sekeliling, namun, kita yang menanam benih tersebut, namun orang lain yang menuai hasilnya. Ini salah satu fenomena yang berlaku terutama di bahagian dakwah sekolah. Dibiarkan ikhwah akhwat kita setiap minggu terhegeh-hegeh bersusah payah mengorbankan pelbagai material dari awal tahun hingga sekarang, setelah berjaya membimbing pelajar sekolah tahu erti Islam sebenar, namun, pada akhir tahun ini, selepas "Donkey Job" orang lain lakukan, orang lain berkorban, dia hanya ingin memotong line dan merampas kesemua hasil tersebut dengan siraman racun perosak kononnya untuk mencegah tanaman tersebut daripada perosak.

Bukan Masanya

Bayangkan mad'u sekolah, yang baru tidak sampai setahun jagung dalam tarbiyyah, terus dipeningkan masalah kepelbagaian jemaah. Semoga tiada perkara buruk yang disampaikan. Namun satu benda yang pasti, mad'u-mad'u sekolah sudah mula pening dan akhirnya meninggalkan tarbiyyah atas doktrin yang diberikan dari sesuatu pihak. Ketika ingin berhalaqah, tidak lain hanya ingin bertanya mengenai jemaah. Apa ini?? mengapa kita mengajar dan menekankan bab jemaah semata-mata. Mengapa memperkenalkan jemaah sebelum islam?

Bukan kami tidak ingin mendedahkan mengenai jemaah, tapi bukan masanya. Kami tidak ingin melahirkan da'i-da'i yang berjuang hanya atas dasar jemaah. Kita mengetahu Marhalah-Marhalah dakwah, ada tahapan-tahapan dalam dakwah. Boleh tak tekankan dahulu aspek tarbiyyah, tekankan mengenai keikhlasan, tekankan mengenai hubungan dengan Allah? Salah satu faktor berlakunya keruntuhan dalam dakwah adalah tidak meletakkan tarbiyyah yang utama (Tariq Ad-Dakwah - Mustafa Masyur). Kita gusar kita melahirkan da'i yang mengajak kepada jemaah sedangkan Allah jelaskan dalam ayat rabbani :

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." 
[QS Al-Imran, 3:79]

Bukan mengajak menjadi pengikut kita, tapi ajak mereka menyembah Allah. Itu paling utama. Selagi mana Al-Quran dan Hadis menjadi pegangan utama. Rujukan-rujukan ulama' ditelaah dengan saksama. Benda-benda yang tiada sesatnya disampaikan. Maka, cukuplah ini menjadi sandaran.

Bukan masanya, jika pada peringkat awal pentarbiyyahan dan keikhlasan tidak dicantikkan dan ditekankan, nantika generasi pengganti yang lebih ikhlas dan sanggup berkorban demi agama Allah. Jika anda tidak sanggup melakukan pengorbanan sepanjang tahun, dan hanya ingin mengambil hasil pada akhir tahun, saya nasihatkan itu bukan langkah yang baik. Boleh tak, biarkan mereka mengenal Allah, ikhlas berbuat kerana Allah, menjaga hubungan dengan Allah, amalkan Islam dengan saksama, baru jemaah diutarakan?

Adab Perlumbaan

Jelas Allah menyampaikan dalam surah 5 ayat 48 bahawa kita dalam berbuat kebaikan haruslah berlumba-lumba. Saya pasti, disetiap perlumbaan, tiada yang ingin kalah, bahkan akan berusaha melakukan yang terbaik, namun ada manusia yang ingin memenangi perlumbaan contoh 100 meter pecut, mereka menyiku peserta yang lain, mereka menahan peserta lain, mereka menghalang peserta lain,..ini bukan adab perlumbaan. Kita dalam ingin berlumba, tolong sangat-sangat tanamkan sifat berlapang dada. Orang-orang yang faham akan agama akan menganggap perbezaan pendapat adalah satu rahmat. 4 Imam Mazhab walau ada yang tidak sependapat, namun indahnya sikap berlapang dada yang ditunjukkan, kerana mereka tahu apa yang dilakukan oelh Imam yang lain ada pegangannya yang tersendiri yang tidak lari dari kebenaran.

"Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu" [QS Al-Maidah, 5:48]

Siapa yang ketika berlumba lari sengaja kalah dan lariannya ke arah belakang? Pasti semuanya berusaha maju kehadapan dengan sebaik mungkin. Memang kita akan lakukan yang terbaik, dan akan berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT.

"Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu. Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi." [QS Al-Isra', 17:20]

Allah meletakkan baik bukan hanya satu golongan, namun kita akui banyak golongan baik mahupun sebalinya. Jika kita lihat 2 ayat sebelum ayat 20 diatas, golongan itu dan ini dikaitkan dengan ada golongan niat sebenarnya mengejar dunia, dan yang satunya mengejar akhirat. Tepuk dada tanya da'wah yang dibawa. Apa sebenarnya agenda sebenar yang ingin kita lakukan? Apa sebenarnya makar yang ingin ditimbulkan? Sikap kita dalam berjemaah tolong dijaga. Tanya dahulu diri kita apakah benda memotong usaha saudara yang lain itu sikap yang baik?

Generasi pengganti atau bakal diganti?

Kami secara jujur tidak kisah hasil dari usaha kami, kami hanya usaha yang terbaik, jika tarbiyyah dan dakwah yang kami sampaikan sudah tidak diterima oleh beberapa mad'u selepas dipeningkan, atau puak-puak lain yang tidak setuju dengan pembawaan kami, merasakan kami terlampau ekstrem dalam berkorban, kami yakin dengan janji Allah. satu benda yang pasti, ketiadaan anda di jalan da'wah dan tarbiyyah tidak akan menggugat sama sekali kedua mahligai ini, kerana bukan da'wah dan tarbiyyah memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan dan memperuntukkan dengan penuh komitmen da'wah dan tarbiyyah. Jika kita kikir atau kedekut, itu hanya jatuh kepada diri kita sendiri, kerugian sendiri kita tanggungi. Bahkan banyak lagi pengganti generasi yang lebih baik.

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini." [QS Muhammad, 47:38]

Janji Allah kami yakini. Semoga kita menjadi generasi yang menggantikan generasi yang lepas dan bukan bakal digantikan dengan generasi yang lain. Ayuh ikhwah akhwat, teruskan keikhlasan dalam kita berdakwah, memang kita sudah jelas jalan dakwah yang tidak akan sama sekali ditaburi dengan bunga-bungan, dan kita sudah jelas ada sahaja duri-duri yang bakal kita terkena, namun, teruskan perjuangan kita, amal kita amal kita, amal mereka amal mereka, yang penting jika kita merasakan apa yang dilakukan mereka kurang menarik di mata, kurang tertarik di hati, mari kita bersama jangan lakukan benda itu. Biar orang lain buat sebegitu, bagi kita, tidak sama sekali, sikap berlapang dada atas dasar ukhuwah kita akan terus cambahkan. Biarlah pada pandangan mata kasar hasil usaha kita diambil orang, namun mari tambah keyakinan kita pandangan dari Allah Azza Wa Jalla. Kita yakin Allah Mengetahu setiap sesuatu.

Akhir kata, tidak saya utarakan perkara ini jika bukan kerana sekali dilakukan, bukan berkala dilakukan, namun dalam tempoh waktu yang singkat di penghujung tempoh tarbiyyah di sekolah, dipelbagai tempat anda melakukan perkara itu. Jika kamu merasakan itu baik bagi kamu, dan yakin dengannya, terpulang kepada anda dan biar Allah menjadi Hakimnya. Atas dasar ukhuwah sesama islam, ayuh islamkan dahulu umat islam sekarang, mengapa masih ada sikap sebegini sesama kita, mari kuatkan sesama kita, lakukan posisi kita masing dengan penuh kesungguhan. Ibarat komponen dalam kereta, ada yang menjadi enjin, ada yang menjadi brek, ada yang menjadi stering, jika semua tidak ingin lakukan yang terbaik, maka merosaklah kereta tersebut. Bahkan dalam perkongsian lepas pernah saya sampaikan, kita bersama dalam usaha membina sebuah Istana yang kuat tersergam indah, kelompok masing-masing ada peranannya. Mungkin kami hanya membuat bahagian lantai, ada yang membuat bahagian pintu, ada bahagian tingkap, ada bahagian atap, maka, kita sama buat dan bina dengan baik bahagian amanah kita masing-masing. Semoga Allah akan memberikan pertolongnya kepada kita dalam mengembalikan status umat terbaik yang pernah dilahirkan dalam kalangan manusia.

Ya Allah, Engkau ampunilah kesilapan kami, terimalah amal kami, kuatkan keikhlasan kami, tingkatkan pengorbanan kami, hanya mengejar redha dari-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

4 comments:

Mawaddah said...

Salam..

lepas baca entri nie,da ssuatu yg ana fhm.waktu dl pun ana pelik,napa harus jemaah diutamakan?.smpikan ana sndri pun krg yakin nak ikt yg mna satu.takut2 terslah jemaah dan ada jg kes sorg akhowat.Dia nak bernikah tp terhalang sbb dikatakan bakal suaminya itu jemaah yg xleh diterima oleh pihak keluarganya..hmm..kadang2 kerana pihak satu lagi,syariah Islamiah xdpt disampaikan.Seharusnya hebahan tntg islam itu lbh utama sblm perknlkan kpd yg len.

wallahu'alam.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

jzkk ukht..ana sokong pandangan anti..namun apa kan daya, kita usahakn untuk smpaikan..mgkin ada org lain pndptnya lain dan dianggap benar..namun harus tahu mana prioriti..

zikr said...

akhi farul,

mudah-mudahan maksud yang anta nak sampaikan tu difahami oleh pembaca.

elok saja antum terus terang agar ia lebih difahami secara jelas dan terang.

Kepada yang berkenaan, dakwah bukan satu jalan yang senang lenag, kalau mudah mendapatkannya, mudah pula ia melepaskannya.

jadi, biarlah susah pada awalnya, tapi ia kekal bersamanya.

ameen.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

siapa yg makan durian, mulutnya yg berbau..siapa yg makan cili, ia akan terasa pedasnya..bagi ana dlm nak menegur memang secara halus dan tanpa mengaibkn sesuatu pihak..apapun, jzkk akh zikri, ana suka kata2 antum "biarlah susah pada awalnya, tapi ia kekal bersamanya."..Amin.