Friday, May 14, 2010

Tangisan Kerana Mereka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


(sedikit coretan kisah benar yang baharu berlaku semalam!)

"Akhi, ana ada nak tanya pendapat antum ni..tadi masa taujih Doktor tu ana malu nak tanya."Mad'u ana bertanya dengan nada perlahan. Kami hanya tinggal berdua di dalam kereta proton satria berwarna biru selepas menghantar mad'u yang lain. Program iftar dan taujih memberi makna yang dalma kepada mad'u ana. Ana langsung mematikan radio untuk fokus mendengar apa mad'u ana ingin sampaikan.

"hah..ada apa?nampak serius ja.." Ana hanya fokus atas pemanduan kerana hujan menghalang jarak penglihatan dari mengorak lebih jauh.

"ana terkesan la tazkirah doktor tadi tu..selama ini ana tidak tahu pun kepentingan dakwah kepada family." Mad'u ana nampak sediki bersemangat berkata mengenai dakwah walaupun baru satu semester menenal tarbiyyah. Benarlah usia dalam tarbiyyah bukan penentu kematangan dalam tarbiyyah. Mad'u ana yang baru habis peperiksaan akhir bakal balik ke rumah menghabiskan waktu cutinya di sabah. Sedangkan bagi ana belum mula lagi kertas peperiksaan yang pertama.

"alhamdulillah bagus la tu..antum balik cuti ni jangan RTM (Rehat,Tidur,Makan) ja..manfaatkan cuti ni untuk dakwah keluarga antum..cuma, ada la cara-cara nak berdakwah dengan family ni..kena masuk perlahan-perlahan dan secara indirect akhi..bukan la terus bersemangat nak dorang tiba-tiba ajak ke tahajjud contohnya..hehe.." Ana beri sedikit perkongsian berdasarkan ilmu dan pengalaman.

"owh..betul gak..keluarga ana ni bukan jenis yang dekat sangat dengan islam..macam abang ana tu pun tidak solat..solat jumaat pun tidak..ana dulu pun teruk juga akh..tapi alhamdulillah masih terjaga solat..tapi abang ana entahlah..ana sejak ditarbiyyah ni baru ana sedar banyak perkara..ana sedih la bila terkenang keluarga ana.."Mad'u ana mula meluahkan dengan nada sedih.

"biasalah tu akh..sepanjang ana dalam tarbiyyah (walau baru 2 tahun), ana dah banyak dengar masalah macam ni..ramai ja ikhwah kita berasal dari keluarga yang agak jauh dari islam..ada ikhwah kita ibubapa dia pun tidak solat..tapi inilah tugas kita bagi yang dah mula ditarbiyyah..untuk kita sebarkan tarbiyyah dalam lingkungan kita..abang antum apa masalah dia sebenarnya?" Ana cuba mengorek lagi akar daripada permasalahan abangnya untuk mengkaji punca utama masalah tersebut.

"abang ana ni, dulu waktu sekolah darjah, dia lah paling baik antara kami..abang sulung kan..dia la yang selalu jaga solat dan baca quran..akademik pun ok..tapi waktu dia masuk sekolah menengah terus banyak perubahan.. dia berubah terlalu jauh..sampai mak dengan bapa pun sakit hati pasal sikap abang..banyak benda-benda buruk yang dia buat..tapi abang terlalu baik dengan ana..di keluarga ana, dia la yang paling baik dengan ana..tapi, walaupun dia baik ngan ana, ana tahu sikap buruk dia di luar..tidak tau la..ana sedih juga tengok dia..ana sayang dia..ana mau dia berubah..tapi...ana dah tidak tau macam mana lagi mau dakwah dia..hati dia sudah keras sangat..ana pun......"

Mad'u ana tiba-tiba menangis meluahkan ujian yang ditimpanya. Ana turut terkesan atas tangisannya. Tangisan atas dasar tidak mampu untuk mendakwahi abang kesayangannya. ana teringat surah 9 ayat 92 , dimana bercucuran air mata mereka yang tidak dapat ikut berperang. Namun hakikat sekarang, ramai yang gembira tatkala tidak dapat turun berjihad di jalan Allah.

"dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu." lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan"(QS 9:92)

Ana biarkan mad'u ana untuk bertenang seketika. Kereta sudah sampai dihadapan blok asramanya. Tapi dia masih terus mengharapkan sedikit bekalan ilmu dan pendapat untuk membantu dakwah kepada keluarga.

"dakwah kepada keluarga bukan suatu yang mudah akhi..berdakwah dalam lingkungan yang terlalu sering bersama kita..yang mengetahui sikap ragam kita..suatu perkara yang perlu dirancang dengan berhikmah..tapi akhi, ana cadangkan antum sekarang tolong dakwah dari segi akhlak antum..tunjukkan yang antum ada perubahan dari sebelumnya..dakwah keluarga kita kena menyisip secara halus..jangan pula tunjukkan perkara yang terlalu drastik..itu bahkan akan merosakkan lagi dakwah family kita..sampai-sampai rumah baca quran kuat-kuat depan TV la, marah adik-adik untuk jaga solat, selalu tidak consider pandangan mak bapa kita..bukan gitu caranya..bukan mudah kita mau fahamkan perubahan yang berlaku pada diri kita..antum kena dakwah pelan-pelan akhi..guna konsep qudwah qabla dakwah..antum kena tunjukkan yang antum bukan seperti dulu..sekarang tolong eratkan dahulu hubungan antum dengan keluarga antum..antum kena selalu call parents antum..tanya khabar dorang..balik ni sentiasa bantu dorang..jangan mau tunggu disuruh..antum sendiri yang offer pada mereka..siram bunga ka..cuci kereta ka..menyapu dana apa-apa kerja di rumah..mutabaah antum mesti terus dijaga..kalau dulu kita selalu bangun jam 11 pagi..cuba bangun awal-awal..selepas tahajjud pergi solat subuh di masjid atau surau..tidak payah paksa dorang ikut sekali dulu..cukup sekadar kejut sikit-sikit ja sebelum pergi ke masjid..antum tidak payah mau tunjuk terang-terang perubahan antum..biar amal yang berbicara..buat ja biasa-biasa di depan dorang..dorang pasti sedar perubahan antum secara tidak langsung.."

"insyaAllah..ana akan cuba usahakan..ana memang agak teruk time di rumah akh..tapi lepas dapat tarbiyyah ni..baru ana sedar banyak perkara..doakan ana akh..kalau untuk abang ana pula macam mana?"

"hurm..bahaya juga abang antum ni..sampai solat jumaat pun dia tinggalkan..untuk dia ni..sama juga antum tidak boleh secara direct tau..kena dakwah dia secara indirect..contohnya, antumkan rapat ngan dia..time antum bersembang atau bersama dia tu..setiap kali masuk waktu solat antum cuba minta izin ngan dia..antum cakap ja..sekejap ya bang..ada hal kejap..tidak payah dulu secara direct..biar amal berbicara..akhlak yang berdakwah..ana yakin dia pasti tahu antum ke mana time tu, cuma kita biar saja dulu buat dia selesa dengan kita..buat secara perlahan la akhi..insyaAllah lama-lama nanti sifat ego dia hilang sendiri hasil amal kita..sebab kalau mau terus cakap suruh dia pergi solat belum masanya lagi..pelan-pelan kita tarbiyyah hati dia kembali ingat amal yang kita buat..boleh insyaAllah.."

"betul gak akhi..sebelum ni masa ana di MRSM, ana ada juga dengar tazkirah di sana..ada gak rasa perlu sebarkan islam pada abang ana..samapai hari tu ana ada marah dia untuk pergi solat..tapi dia bahkan ego dan melawan..dia cakap dah cukup alim la tu..dan macam-macam la..ana pun dahla background buruk..dia lagi abang sulung..memang susah la akh.."

"sebab tu la macam ana cakap, kena sedar dulu posisi dan situasi antum sekarang..dakwah ja pelan-pelan..macam kalau dekat bilik antum baca-baca quran..kalu tahu ja dia mau masuk tu antum pura-pura cepat-cepat letak quran..buat-buat nak sembunyi..konon-konon tidak mau dia sedar tapi kita bagi dia nampak..dia pasti tahu apa kita buat..antum santai-santai ja la cakap cuma baca quran sikit-sikit kalau dia tanya..jadi itu maksud ana secara indirect..dia tidak terasa yang kita sebenarnya ingin dakwahi dia..insyaAllah lebih boleh dia terima benda-benda yang tidak kita buat khusus fokus depan dia..antum must be humble la akhi..kena banyak bersabar..banyakkan berdoa pada Yang Berkuasa Mebolak-balikkan Hati..yang penting antum dah usaha yang termampu..janganlah harap mau tuai dah padi yang baru semalam kita tanam..dalam bilik antum ka antum letak artikel-artikel mengenai solat..jangan pula sengaja lekat di depan pintu dia..sekali lagi..buat secara indirect..insyaAllah akhi..antum boleh punya..ok?"

"insyaAllah..terima kasih banyak ya akhi..doakan ana mampu dakwah keluarga ana..tapi sekarang ana tambah sedar pentingnya ana ditarbiyyah dan mentarbiyyah orang lain..cuba ana takut tidak kuat ja bila sorang-sorang nanti.."

"jangan biar masyarakt mewarnai antum..biar antum yang mewarnai masyarakat..antum kena teguh dan sabar la akhi..jaga mutabaah antum..mutabaah tu sebagai sarana jaga akhlak dihadapan keluarga juga tu..eratkan hubungan antum..selalu minta maaf dengan mak bapa..insyaAllah ana doakan perjuangan dan pengorbanan antum.."

"insyaAllah..ok akhi..alhamdulillah..banyak ana dapat malam ni.." salam semut mengakhiri pertemuan kami berdua. Terasa syukur di dalam diri melihat mad'u yang kita ajak mengenal Allah kini sedar akan peranan diri sebagai hamba. Indahnya tarbiyyah. Alhamdulillah.

9 comments:

Thedofi said...

salam,
setelah melakukan indirect method..
macam mana kalau dia da nampak perubahan itu tapi dia hanya cuba memahami sahaja tapi hatinya tidak tergerak untuk bersama buat..
situasi: dia berhenti sekejap diperhentian untuk kita solat maghrib tapi dia tunggu di kereta..
macam apa yang kita buat tak terkesan dihatinya..

Menapak kubur said...

Salam..
ana nak minta izin copy artikel ni..

Boleh??
Syukran..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

salam duta,satu hidayah milik Allah(QS 28:56),keduanya sentisa brdoa pdNya,ke-3 ukhti, situasi yg anti bg means dia dah sedar & terima perubhn trsbut,cuma x trkesan di hati,kita blh mula langkah seterusnya,skrg dah blh mula khabarkan akan amalan kita,contohnya:"abg,sy td solat lupa2 ni dah brp rakaat..haha,sy selalu kurng khusyuk la(b humble)"kita wat secara santai ja.masih indirect.pelan2.lama2.ke-4 baru kita mula ajak dia join sekali secara brhikmh..blh baca bnyk buku mcm mana nak dakwah fardiyah (bgaiman menyntuh hati-abbas asisi,dakwah fardiyah-mstafa masyhur,how 2 win friend & influnce people,personality plus/puzzle,buku2 psychologi,etc)insyaAllah.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

selain itu,kita blh sedarkn dia dengan mnceritakn kematian kwn,contohnya:"abg,sy sedih la,sy dpt berita kwn sekolh sy dulu dah meninggal dunia,dia tu agak teruk,selalu kacau pompuan,mencuri la,apa la,tp x sngka pendek pula umur dia" (cukup sekadar cerita2 zikrul maut,x yah direct kaitkn ngan abg tersebut)

salam zira zahadi,silakn dicopy..afwan..

Thedofi said...

syukran..

Anonymous said...

Assalamualaikum.......
Nanti, tuliskan pula perkembangan mad'u anta tadi..
Boleh dibuat penilaian untuk panduan kita semua.
Jazakallah.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah..nnti ana update n pantau keadaan mad'u ana..tp dorang cuti hanya seminggu..harap ada hasil dari dakwah selama seminggu..

KD said...

like2~

smoga kita diteguhkan ikatan hati kita pada dakwah dan Islam oleh Allah... Amin ya robbalalamin..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

amin akh iman..semoga kita ikhlas n berikn yg terbaik untuk Allah mengalahkan segala2nya..All 4 Allah..insyaAllah..