Monday, May 17, 2010

Cukuplah tu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



(Idea dari Kisah benar seorang kawan yang berkongsi kepada saya semalam)

Cukuplah tu,
Cukuplah hati mak ayah yang abang lukakan,
Cukuplah tangisan mereka abang titiskan,
Cukuplah cemuhan yang abang berikan,
Cukuplah suara tinggi yang abang laungkan,
Mengapa sanggup abang lakukan,
Kepada insan yang terlalu banyak berkorban,
Untuk abang yang sentiasa diutamakan,
Namun inikah balasan yang abang berikan?

Cukuplah tu,
Cukuplah kedegilan yang sering abang egokan,
Sehingga seorang insan yang sentiasa tabah,
Sehingga seorang insan yang sentiasa sabar,
Sehingga seorang insan yang sentiasa Mengalah,
Tidak dapat menahan sebak di dada,
Dihadapan abang air mata dicucurkan,
Kerana ayah hanya mampu menahan,
Menahan dari menghayun pukulan,
Atas rasa cinta dan sayang,
Namun mengapa tidak abang sedar ini semua,
Ayah yang sering memberi kasih dan sayang,
Walau terlalu banyak kesalahan yang abang lakukan,
Ayah tetap bersabar kepada abang,
Namun Inikah balasan yang abang berikan?

Cukuplah tu,
Abang sendiri tahu ibu baru sembuh dari pembedahan,
Rehat yang cukup amat diperlukan,
Namun abang tetap nak teruskan pergaduhan,
Dihadapan ibu abang terus endahkan,
Sehinggakan ibu terpaksa menahan kesakitan,
Kesakitan luaran dan juga hati dalaman,
Melihat pergaduhan yang sering abang cetuskan,
Tolong la bang tolong hentikan,
Jangan ibu terus abang tekan,
Abang lepaskanlah amarah kepada aku,
Abang hayunlah pukulan kepada aku,
Yang penting jangan ayah dan ibu jadi sasaran,
atas kesalahan yang abang sendiri lakukan,
kerana inikah balasan yang abang berikan?

Cukuplah tu,
Tidakkah abang tahu Allah dalam firman-Nya,
"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang ibu- bapanya",(QS29:8)
"hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya",(QS 17:23)
ingatlah peringatan dan suruhan dari-Nya,
ingatlah ibu ayah merupakan nikmat dari-Nya,
jangan abang kufurkan segala firman-Nya,
kerana kelak kita akan bertemu dengan-Nya.

6 comments:

Iman said...

=) nice blog...teruskan

Anonymous said...

cukuplah duhai abg2ku,
atas seksaan yg kau berikan pd ibumu,
cukuplah menumpahkan air mata ayahmu,
yg pertma kali gugur krna kerenahmu..
jgn dibiarkan ibu menderita..
jgn dbiarkan kasih ibu n ayah d sia2..
krna Redha kdua org Tuamu
merupakan redha Allah pdmu...

Unknown said...

ana baru terbaca post ni. sangat bertepatan dgn apa yg sdg blaku skg. ana mintak izin copy post ni ye..nk emel kat abg2 n kakak. ana letakkan skali link blog ni.. mohon doakan supaya mereka terbuka hati utk memahami dan berlembut dgn ayh n ma..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah GMS..smga usaha GMS diberkati Allah..teruskn usaha dan doa kpd yang membolak balikkn hati kita..insyaAllah..

Mawaddah said...

Salam..
akhi, ana nk letak sajak ni kt blog ana.
ada crita ana nk smbg melalui sjak ni.mnta izin...

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Nurliyana Adnan -> wa'alaikumsalam..silakan..