Monday, March 14, 2011

Pernikahan Sini-Sana..(^.^)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Alhamdulillah..dalam tempoh lebih sebulan sahaja, ingin saya kongsikan kesempatan saya dan ikhwah-akhwat sekalian menghadiri bukan 1 tapi 4 akad nikah + walimah yang amat menarik dan menggamit hati sanubari..hehe..Tahniah saya ucapakan kepada semua pasangan-pasangan yang menyempurnakan separuh dari agamanya..Semoga mampu membina keluarga yang Barakah, Sakinah wa Rahmah..Amin Ya Rahman Ya Rahim.

Sebelum saya berkongsi keindahan waktu walimah, lebih elok saya kongsikan pengalaman-pengalaman perjalanan menuju ke pelbagai tempat seluruh Malaysia. Dengan pelbagai onak dan ujian, ikhwah-akhwat masih sanggup atas rasa ukhuwah menghadiri peristiwa bersejarah dan bermakna pasangan yang menikah.


Dibawah pula saya sertakan sedikit gambar Akad dan Walimah pasangan yang melangsungkan pernikahan. Namun, saya hanya memberikan gambar yang terkawal bagi menghormati pasangan terutamanya bagi pihak akhwat yang saya usahakan tidak akan paparkan di sini. Semoga sedikit gambar ini sudah mampu kita bersama merasai nikmat kebahagiaan bersama mereka.

Pernikahan Akhi Rusdi & Ukhti Fatimah [3 February 2011]

Pernikahan Akhi Umair & Ukhti Atifah [5 February 2011]

Pernikahan Akhi Azlan & Ukhti Syahidah [12 March 2011]

Pernikahan Akhi Azahar & Ukhti Rawaida [12 March 2011]

Pasangan kita tidak datang kerana kecantikan, kepintaran ataupun kekayaan. Tetapi Allah yang menggerakkan. Cinta sejati tidak perlu diucapkan, kerana cinta sejati akan berbicara tentang dirinya sendiri. Simpanlah ungkapan cinta dan derap hati rapat-rapat, Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat..InsyaAllah..

6 comments:

Anonymous said...

semoga Allah memberkati dan melimpahkan berkat kepada pasangan2 tersebut..:) moga sentiasa sabar,saling memahami dan berusaha membina rumahtangga impian yang dirahmati dan di redhai Allah,hiduplah dalam rukun,aman dan bahagia..:)

Fakhrullah Bin Mawardi said...

amin insyaAllah Ya Rozzaq, Ya Shobur, Ya Rahman, Ya Salam...smga doa untuk semua samda yg sudah mahupun yg bakal menikah..

Anonymous said...

anta bila lg sabahan muslim??

Fakhrullah Bin Mawardi said...

erm..bila ya..wallahu'alam..doakan ja ya..insyaAllah bila usaha dah dicukupkan, dan takdir dah menentukan..

Anonymous said...

ana menunggu saat detik itu.moga Allah beri yg trbaek wt anta.Diatas jln dkwh aku bernikah~~~

Fakhrullah Bin Mawardi said...

amin insyaAllah Ya Qodir..semoga Allah beri yg terbaik buat kita semua..