Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan Yang Hakiki

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Merdeka..Merdeka..Merdeka..
Itulah laungan yang kian kali didengari dari saban tahun,
Kemerdekaan yang dilaungkan dikecapi bukan dari titisan darah,
seperti kemerdekaan dari pelbagai nusa dan bangsa,
yang menuntut pengorbanan jasad dan nyawa,
seperti India kehilangan Mahatma Ghandi nya,
seperti Ir Soekarno yang kehilangan banyak pejuangnya,
dan tentu sekali dunia palenstin yang masih dalam perjuangannya,
bagi mengecapi kemerdekaan menurut pandangan orang ramai,
namun bagiku warga palestin dah merdeka dari segi roh dan minda,
seperti bilal bin rabbah yang merdeka rohnya walau jasadnya diperhambakan tuannya,
yang merdeka dari penjajahan pemikiran,
tidak seperti umat sekarang.


Merdeka...Merdeka..Merdeka
Laungan turut disuarakan golongan remaja dan anak muda,
merdeka melakukan apa sahaja,
yang membawa kepada kancah kehinaan serta kemaksiatan,
kondom yang berlambak yang dibanggakan selepas malam kemerdekan,
mat-rempit yang kehilangan nyawa dibanggakan selepas malam kemerdekaan,
anak-anak haram yang dibanggkan lahir pada malam kemerdekaan,
inikah erti kemerdekaan yang dikecapi?


Merdeka..Merdeka..Merdeka..
Laungan turut disuarakan golongan warga tua,
walau dah berumur hampir 80 tahun masih melanggan wanita muda,
6/100 pelajar wanita sahaja yang disahkan suci dari hasil kajian di sebuah sekolah,
bila ditanya rupanya ibu sendiri menunjukkan amalan begini,
melayan lelaki berlainan setiap hari,
inikah erti kemerdekaan yang dikecapi?


Merdeka..Merdeka..Merdeka..
Apabila laungan yang sebenar seperti pembukaan kota mekah,
merdeka dari segi rohani dan jasadi,
merdeka dari segi minda dan ekonomi,
merdeka dari segi fahaman yang dihalusi,
menyimpang ke arah kesesatan yang hakiki,
semoga kita mengecapi kemerdekaan yang hakiki.

No comments: